Bagi ramai wanita yang tidak mengetahui atau kurang arif tentang masalah ini boleh lah mempelajari kaedah atau cara untuk mengenalpasti samada cecair atau lelehan yang keluar dari faraj mereka merupakan gejala biasa atau yang berpenyakit.
Hari ini Dr Herba akan membongkar rahsia mengenali cecair atau lelehan penyakit melalui warna yang keluar dari faraj bagi memudahkan wanita yang selalu tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang mereka sedang hadapi apabila terdapat warna pada cecair atau lelehan.
Lazimnya , masalah keputihan paling dominan dan kerap berlaku kepada wanita disebabkan oleh pembiakan kulat melebihi dari paras normal.Bagi seorang wanita sedang hamil,biasanya disebabkan oleh masalah perubahan hormon secara drastik dan menjadikan flora bakteria didalam tubuh tidak seimbang.Apabila ini berlaku kulat mengambil peluang untuk membiak tanpa kawalan.
Sementara itu lain-lain faktor seperti pengunaan produk feminine wash yang mengandungi sabun,shampu dan gel mandian tanpa pH yang sesuai iaitu pH3.8-4.2 juga boleh mengakibatkan gangguan flora bakteria .Apabila ini berlaku sekali lagi wanita sebenarnya memberi laluan percuma bagi kulat membiak tanpa kawalan .
Untuk memudahkan wanita,terutama sekali gadis remaja membezakan antara simtom jangkitan ataupun ia hanya sekedar cecair normal .Berikut adalah antara warna cecair atau lelehan dari faraj yang perlu kenali dan turut diberi perhatian:-
Rahsia Warna Jernih
Lelehan yang berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau adalah gejala normal dan tidak perlu dirisaukan. Lazimnya lelehan jernih tidak berbau ini keluar 2 minggu sebelum haid, ketika subur atau apabila hormon estrogen berlebihan .Kedaan seperti ini juga turut dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
Rahsia Warna Putih
Namun jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk, rasa gatal di bahagian kemaluan serta rasa sakit ketika membuang air kecil maka berkemungkinan besar ia adalah jangkitan disebabkan oleh sejenis kulat.Kulat ini juga dikenali sebagai candida albicans dan merupakan gejala paling kerap berlaku kepada wanita apabila pH faraj tidak lagi seimbang.
Rahsia Warna Putih Pekat
Seandainya lelehan yang keluar berwarna seperti susu pekat, melekit, sangat banyak ,berbau busuk,selalunya disebabkan telah berlaku radangan pada serviks dan faraj.Kelewatan merawat untuk mengembalikan keseimbangan bakteria boleh menjadikan ia berambah teruk.Adakala ia akan bertukar warna menjadi seperti susu basi dan keadaan ini juga turut berpunca daripada jangkitan kulat candida albicans yang sama..
Rahsia Warna Coklat
Keluar cecair atau lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan simtom gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Adakalanya,warna coklat juga berlaku disebabkan oleh perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
Rahsia Warna Merah Muda
Sementara bagi yang mengeluarkan cecair atau lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan terdapat jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau masalah dalam rahim. Antara lain, gejala ini juga turut berlaku ketika mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Untuk Di Amalkan
- Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
- Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
- Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
- Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
- Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
- Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis "unscented" dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan inihanya akan memburukkan keadaan.
- Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.